Isnin, 18 November 2013

"REZEKI BARU"...

ASSALAMUALAIKUM wbt... Alhamdulillah... :) akhirnya tercapai jua hasrat menukil karya di dalam blog sendiri...walaupun hasilnya tidak seindah blog-blog lain.. al-maklumlah kan, diri ini tidak seberapa.. hidung tak mancung pipi tersorong-sorong...ilmu cetek tidak tinggi menggunung..masakan tidak, umur baru setahun jagung... :) "setahun jagung" lah sangat! Orang lain sudah maju ke depan, I pulak baru nak merangkak..ish3 kesian kan? :'(


"rezeki baru"?? kenapa kah? tajuk itu kah? kah3..! I terdetik nak letak tajuk tu sebab baru sekejap tadi dapat buat blog.. Dan inilah kali pertama I mengarang di dalam blog.. jakon kan? :)


"Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki, dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa" (Thaha 20 : 132)


Ramai orang sangka, rezeki itu adalah apa-apa sahaja yang dapat dilihat dengan mata.. sebaliknya rezeki bukan sekadar itu.. pernahkah anda terfikir "gerak hati" itu adalah rezeki? "emosi" itu adalah rezeki? misalnya : azan sudah berkumandang, ketika itu anda sedang menonton, kemudian hati terdetik dan digerakkan oleh Allah swt untuk menunaikan fardhu sembahyang. ha.. hati digerakkan Allah untuk menunaikan solat itu pon sudah dinamakan rezeki.. subhanallah luasnya rezeki allah..namun jika tidak digerakkan hati untuk solat pon dinamakan rezeki, tetapi rezeki yang tidak baik.. (nauzubillah).. apabila kita sedih, dapat mengalirkan mata, itu pun rezeki.. dapat rasa bagaimana perasaan sedih, itu dinamakan rezeki,.. dapat mengalirkan air mata, itu pon rezeki..


Menurut pengarang tafsir al-quran asy-sya'rawi, rezeki adalah apa-apa sahaja yang memberi manfaat kepada seseorang. Secara tepatnya beliau menulis ; "Rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, sama ada halal atau haram, sama ada baik atau buruk"


ha..nampak tak betapa kasihnya Allah pada makhluk dan hambaNYA.. tak kira kepada binatang tidak kira terhadap manusia, sama ada muslim mahupun non-muslim, semuanya dapat..halal haram semua Dia bagi, tapi kita sebagai muslim, pilihlah apa yang Dia suka.. :)


"Sesungguhnya Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung jumlahnya"   


alhamdulillah I dapat rezeki baru hari ni.."pandai tules blog...!"  lalala... walaupon tak pandai sangat, tapi bersyukur.... bila bersyukur, nikmat yang sedikit pun terasa lebih...  dan satu pesanan buat semua dan diri ini : di dalam rezeki kita terdapat juga rezeki orang/makhluk lain.. jangan kedekut jangan tamak, tebarkan kebaikan banyakkan sedekah gandakan saham akhirat, ye?... kalau dapat gaji/duit lebih, jangan lupe ikan peliharaan di rumah, jangan lupe kucing di rumah, berikan makan, belikan makanan... bila perut kenyang, makanan berlebihan, tak salah jika hulurkan pada jiran, yang mungkin sedang kelaparan.. :)


akhir kalam, banyakkanlah bersyukur, pilih rezeki yang baik, dan banyakkan bersedekah... sekian, wassalam..